Allah telah menjanjikan
kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di
bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA
ALLAH SWT.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Daripada
Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah
itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas
berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau
menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda
rasulullah s.a.w:
"Daripada
Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat
nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga.
Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada
waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang
engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda
rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di
antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda
rasulullah s..a.w "Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan
Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang
menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan
tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa
yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda
rasulullah s.a.w.
"
DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "
bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal
al-quran.
Sesungguhanya
Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan
barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda
rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu
Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam
dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada
orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi
s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al
Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya,
maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al
Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka
semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal
Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;
"Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru."
Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai
Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya.
Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka
kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat,
ia di beri tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu
tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik
daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w
bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya
ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan
ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi
menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya
adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan
membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan
mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang
semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan
kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya
dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru
lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia
keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri
dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al
Quran."
Kemudian
kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah
ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik
selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
Sabda
rasulullah s.a.w.:
"Daripada
Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah
tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka
tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang
paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.




